Membaca




Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac) (Menengah 1HML & 1ML)

Petikan  :  Khamis, 7 Mac, Bantu golongan susah walau cacat


MAHU MENOLONG: Pengasas gerakan I Am Speciable, Encik Kashif Edwards (duduk di kerusi roda), mendermakan beberapa barangan - tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering - kepada Pusat Rainbow di Margaret Drive, kelmarin.
- Foto JOHARI RAHMAT

Bantu golongan susah walau cacat

BELIAU tidak boleh bergerak atau bertutur seperti belia normal seusianya, namun kecacatan tidak menghalang Encik Kashif Edwards membantu mereka yang memerlukan.
Berbekalkan keinginan kuat membantu mereka yang senasib dengannya - penghidap palsi serebral - Encik Kashif berjaya mengumpul sekitar $3,000 menerusi penjualan kemeja-T yang dihasilkan khas oleh gerakan I Am Speciable baru-baru ini.
Separuh daripada hasil penjualan kemeja-T itu merupakan gaji Encik Kashif, yang menghidap palsi serebral sejak lahir, manakala separuh lagi digunakan bagi membeli barang-barang keperluan bagi kanak-kanak istimewa di Pusat Rainbow.
Gerakan yang ditubuhkan beliau pada Mac tahun lalu itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut serta membantu golongan memerlukan.
Ini kali keempat gerakan itu memberikan sumbangan kepada persatuan bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.
Sebelum ini ia memberi sumbangan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Singapura (SCAS).
Kelmarin, Encik Kashif, 25 tahun, dengan ditemani anggota keluarganya, menderma tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow di Margaret Drive.
Beliau kelihatan ceria dan riang ketika menyampaikan sumbangannya kepada pengarah eksekutif bekas sekolahnya itu, Cik June Tham, yang berkata Encik Kashif merupakan bekas pelajar pertama sekolah itu mendermakan barang-barang kepada sekolah tersebut.
"Saya sangat berbangga dengan apa yang dilakukan Kashif. Beliau kini menjadi duta palsi serebral. Beliau tidak melihat ketidakupayaannya sebagai satu kecacatan, sebaliknya menggunakannya bagi meningkatkan kesedaran dan menjadi inspirasi kepada orang lain," kata Cik Tham, 62 tahun.
Ibu Encik Kashif, pelakon drama televisyen dan teater Hashimah Hamidon, berkata: "Sebelum beliau mula menjual kemeja-T, perbelanjaannya ditanggung saya dan suami saya. Tapi sejak Kashif bekerja, beliau membeli beberapa barang keperluannya, seperti kad prabayar dan permainan Playstation menggunakan duit sendiri."
Cik Hashimah mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 15 tahun.
Palsi serebral disebabkan oleh kecederaan pada otak yang berlaku sebelum atau semasa kelahiran dan boleh muncul dalam pelbagai rupa. Ia menjejas pergerakan otot dan kemahiran motor.
Gerakan I Am Speciable ditubuhkan setelah Encik Kashif beberapa kali meluahkan hasrat bekerja agar dapat menyumbang kepada masyarakat.
Memandangkan beliau tidak boleh berdikari dan memerlukan bantuan orang lain, umpamanya untuk makan dan membuang air, abang saudaranya, Encik Sham Latiff, membantu memulakan akaun Facebook bagi gerakan itu.
Sejauh ini gerakan itu telah menjual 507 kemeja-T pada harga $20 sehelai.
Ia turut menerima sumbangan daripada rakan kongsi seperti Wing Yap Motor dan SIR Move Services, yang bekerjasama dengannya di beberapa acara.
Orang ramai yang ingin menyokong gerakan itu boleh memilih Like laman Facebook The "I Am Speciable" Movement diwww.facebook.com/iamspeciablemovement.






1.     Bloom’s Taxanomy – Remembering :
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘meningkatkan kesedaran? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah objektif gerakan I AM Speciable? (2 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, usaha Kashif memberikan kesan dalam masyarakat.  Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.  (4 markah)


________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :

_________________________________________________________


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Isnin, 25 Mac 20139 pagi.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah

_________________________________________________________



Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)  (Menengah 1HML & 1ML)
Petikan  :  Sabtu, 2 Febuari, Sabah : Negeri di bawah bayu
Pautan  : Berita






1.     Bloom’s Taxanomy – Remembering :
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘tersergam indah’? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah maksud istilah ‘Sabah - negeri di bawah bayu’? (2 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, pengalaman ke Sabah telah meninggalkan kesan pada penulis.  Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

___________________________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :

___________________________________________________________________________



Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Jumaat, 1 Mac 2013, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah
___________________________________________________________________________

7 ulasan:

  1. Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
    Soalan 1 :Ia bermaksud kelihatan lebih tinggi dan lebih besar daripada yang lain.

    Soalan 2 :Maksudnya ialah sabah ada angin yang kencang.

    Soalan 3 :Pertama, dia terpersona terhadap sabah. Kedua, dia berasa kesian terhadap yang bakal pupus. Buktinya ialah untuk pertama, dia dikatakan kalau dia bertuah, dia boleh melihat gunung Kinabalu. Kedua, dia menuju ke Gayana Eco Resort untuk melihat binatang-binatag yang hampir pupus.

    BalasPadam
  2. 1. Maksudnya ialah Gunung Kinabalu itu sangat jelas sebuah gunung yang indah.
    2. Maksud istilah "Sabah - Negeri di bawah bayu" ialah Sabah ialah sebuah negeri yang terletak di timur laut dan 'Negeri di bawah bayu' itu digunakan sebagai panggilan untuk Sabah.
    3. Dua kesan itu ialah penulis mempunyai lebih pengetahuan tentang negeri Sabah kerana dia dapat menikmati alam semula jadi dan mempelajari budaya tradisional orang Sabah. Satu lagi kesan ialah dia mempelajari bahawa apa yang diinginkan boleh didapatkan di negeri Sabah.

    BalasPadam
  3. ___________________________________________________________________________
    Cara memberi jawapan :

    Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
    Soalan 1 : Ia maksud Sabah suatu tempat yang sangat cantik dan santai. Ia suatu tempat yang tidak mecemaskan.
    Soalan 2 : Sabah bernama negeri di bawah bayu kerana kedudukannya berada di bawah laluan puting beliung.
    Soalan 3 : pengalaman ke Sabah telah meninggalkan kesan pada penulis, satu kesan ialah ada ramai aktiviti atau benda yang ada di Sabah. Di dalam perenggan terakhir penulis berkata, apa yang diiginkan, boleh dijumpa di Sabah. Kesan dua ialah Sabah ialah tempat untuk melihat alam semula jadi yang sangat cantik di situ. Penulis pergi ke banyak tempat dan asyik cakap tentang alam semula jadi yang sangat indah.

    ___________________________________________________________________________

    BalasPadam
  4. Soalan 1)Ia bermaksud 'di sebuah bukit'.

    Soalan 2)Sabah telah dipanggil sebuah negeri di bawah bayu kerana udara di situ bergerak perlahan-lahan.

    Soalan 3) Satu kesan ialah penulis hendak kima gergasi tidak pupus.Kima gergasi ialah terbesar di dunia dan ia kian pupus.Kesan kedua ialah penulis sedar air Singapura agak keruh.Penulis telah memberitahu air Pulau Gaya sangat berbeza daripada air Singapura.

    BalasPadam
  5. 1. Ia bermaksud yang Gunung Kinabalu cantik sekali.
    2. Ia bermaksud yang Sabah dipandang ringan oleh ramai orang.
    3. Kesan-kesan itu adalah penulis mempunyai lebih pengetahuan tentang negeri Sabah kerana dia dapat menikmati alam semula jadi dan mempelajari budaya tradisional di Sabah dan kepentingan menyelamatkan haiwan-haiwan sebelum mereka pupus.

    BalasPadam
  6. Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
    Soalan 1 : "Tersergam indah" bermaksud Gunung Kinabalu popular.

    Soalan 2 : Maksudnya ialah Sabah sebuah negeri yang kedudukannya berada di bawah laluan puting beliung.

    Soalan 3 : Pertama, penulis dapat saksikan budaya etnik orang Sabah. Kedua, penulis dapat ingin tahu tentang keistimewaan Sabah seperti bunga terbesar di dunia, Rafflesia.

    BalasPadam
  7. Soalan 1: Ia maksud bahawa Sabah cantik, mulia dan segar.

    Soalan 2: Sabah dinama negeri di bawah bayu kerana dia terletak di tempat yang angin bertiup dengan kencang.

    Soalan 3: Pengalam ke Sabah memberi kesan kepada penulis itu kerana dia sudah melihat dan merasa keindahan dan ksegaran Sabah. Dia juga sudah berjumpa dengan orang tempatan dan berasa bahawa orang di sana baik dan sopan.Dia hendak menukar dan menjadi lebih baik.

    BalasPadam