Menulis



Letupan Di Tempat Meletak Kereta Di Depan Blok 123
oleh Roid Shafiq Shawal


Sebuah letupan yang besar telah terjadi di tempat meletak kerata semalam di hadapan Blok 123. Letupan itu terjadi di tingkat 3 di tempat meletak kerata itu. Letupan itu mengakibatkan kebakaran yang besar. Lima minit kemudian beberapa kereta polis dan ahli bomba sampai ke tempat itu. Mengikut kata-kata Encik Kamal, dia ternampak beberapa orang remaja pada 10:45, berjalan keluar daripada tempat meletak kereta itu tergesa-gesa. Dia menegur mereka dan mereka terus melarikan diri. Encik Borhan, yang nampak kejadian itu, sedang di dapur di rumahnya di Blok 123, betul-betul depan tempat kejadian itu. Dia terdengar letupan itu pada kira-kira 11 malam. Cik Kiah pula terjaga apabila mendengar siren polis. Dia ternampak pegawai-pegawai polis mengangkat beberapa botol yang berwarna coklat, tetapi dia tidak pasti apakah kandungan botol-botol itu.



Kebakaran di tempat meletak kereta
oleh Taufiq Rozaini

Kebakaran di tempat meletak kereta di blok 123 pada pukul sebelas. Pak Cik Borhan Bin Cik Mat, sebuah penduduk di blok 123 telah dengar letupan besar. Letupan itu dibuat oleh beberapa lima atau enam orang remaja kata Pak Cik Kamal yang telah di tempat meletak kereta tersebut pada masa letupan itu. Apabila remaja-remaja itu ternampak Pak Cik Kamal mereka marikan diri. Kamal mengejar mereka tetapi tidak menangkap mereka. Mak Cik Kia, seorang penduduk di blok 123 telah nampak remaja-remaja itu ada sebotol tetapi isinya tidak ditahui. Letupan itu menyebab beberapa kereta dan motosikal yang dekatinya terbakar. Api pun dipadamkan oleh pihak bomba beberapa jam selepas. Remaja-remaja belum ditangkap pada masa sekarang.


Kebakaran di tempat meletak kereta Blok 123
oleh Nehal Janakraj

Satu kejadian kebakaran telah berlaku di tempat meletak kereta Blok 123. Beberapa motosikal terbakar di tempat meletak kereta itu. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10.45 - 11 malam. 5 - 6 orang remaja disyaki orang-orang yang telah membakar motosikal itu.
“Apabila kebakaran itu berlaku, saya di dapur minum air. Jam pada masa itu kira - kira 11 malam. Apabila saya terdengar letupan yang kuat, saya pun memandang keluar tingkap dapur saya. Saya ternampak beberapa motosikal yang terbakar!” Pak Cik Borhan yang ditemu rama pun memberitahu.
Kamal, jiran Pak Cik Borhan, merupakan orang yang telah menelefon polis. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kerja apabila dia terserempak beberapa orang remaja yang agak mencurigakan. Mereka seolah-olah berjalan dari arah tempat meletak kereta. Jam pada masa itu ialah 10.45 malam. Kamal pun teriak kepada mereka tetapi mereka berlari dengan pantas.
Mak Cik Kia pula, yang sedang tidur semasa kebakaran itu berlaku, terjaga dari tidur apabila terdengar siren kereta polis yang kuat. Dia kata bahawa dia ternampak remaja- remaja itu memegang botol-botol yang berwarna coklat. 


Laporan Kebakaran

oleh Khairul Aizat Halim

Kebakaran berlaku di sebuah tempat meletak kereta tidak jauh dari blok 123. Encik Borhan, yang tinggal di tingkat 3 di blok itu, telah dengar letupan yang sangat kuat. Dia telah melihat beberapa motosikal terbakar dan asap berkepul-kepul. Jam pada masa itu kira-kira 11 malam. Dia juga melihat ramai jirannya bergegas ke tempat meletak kereta itu. Kereta polis dan kereta bomba tiba 5 minit kemudian. Salah satu jiran Encik Borhan, Kamal, juga mendengar letupan itu. Dia baru pulang dari tempat kerjanya dan jam pada masa itu 10.45 malam. Dia ternampak 5-6 orang remaja sedang bergegas keluar dari tempat meletak kereta itu. Kamal berasa sekumpulan remaja itu memulakan kebakaran itu dengan membakar beberapa motosikal di tempat meletak kereta itu. Makcik Kia, yang sedang tidur sebelum kebakaran itu berlaku, terjaga apabila letupan itu berlaku. Dia ternampak beberapa pegawai polis membawa keluar beberapa botol berwarna coklat tetapi dia tidak tahu apa botol itu mengandungi.

Tempat meletak kereta terbakar

oleh S M Haady Mattar





Bedaboom! Tempat meletak kereta depan Blok 123 terbakar. Asap berkupul-kupul, api main marah dan beberapa motosikal terbakar. Selepas letupan yang kuat, beberapa ramai orang berkumpul di tempat kebakaran. Dalam 5 minit, ahli polis dan pasukan bomba datang ke tempat meletak kereta. Pasukan bomba sibuk memadam api.

Pak Cik Borhan Bin Cik Mat, penduduk Blok 123 tingkat 3, telah mendengar letupan kuat apabila mahu memasuk ke bilik airnya pada jam 11:00pm. Dia juga menurun bawah ke tempat kebakaran dengan ramai jiran-jiranya.

Encik Kamal, Saksi utama letupan tempat meltak kereta telah menampak 5-6 remaja tergesah-gesah keluar dari tempat meletak kereta apabila pulang dari kerja petangnya di pukul 10:45pm. Encik Kamal menjerit kepada remaja-remaja itu ‘Oii!’ Encik Kamal mahu mengejar mereak tetapi remaja-remaja itu terus hilang dalam gelpan.

Cik Kia, penduduk berdekatan tempat meletak kereta tersebut, telah lihat pegawai polis dapat botol coklat di tempat kebakaran.



Bakaran di tempat letak kereta di hadapan Blok 123
oleh A'iman Iskandar

Ada bakaran di tempat letak kereta,tingkat tiga.Encik Borhan Bin 
Cik Mat ,yang tinggal di tingkat tiga Blok 123, terdengar letupan dari tempat letak kereta yang di hadapan bloknya apabila dia hendak ke bilik air.Dia menjenguk luar dan ternampak beberapa motosikal berbakar.5 minit kemudian, pihak bomba dan polis tiba,

Pada 10.45pm, rakan Encik Borhan ,Encik Kamal, yang sedang ke rumah ternampak 5 hingga 6 orang remaja yang sangat mencurigakan keluar dari tempat letak kereta. Encik Kamal berteriak kepada mereka dan mereka lari. Encik Kamal hendak kerja tetapi mereka terlalu cepat.

Mak Cik Kiah sedang tidur apabila letupan ini berlaku.Dia dikejutkan bila dia dengar siren kereta polis.Apabila dia turun,dia ternampak seorang pegawai polis membawa keluar botol yang berwarna coklat.Isinya tidak diketahui.


Berita betul

oleh Danial Haziq Zulkifli


Pada jam 11 malam, encik Borhan Bin Cekman sedang hendak ke tandas di rumahnya, blok 123 tingkat 3 terdengar sebuah letupan di luah tingkapnya. Ada beberapa motosikal terbakar di tempat lettakkan kereta. Dia terus turun ke bawah apabila terdengar bunyi siren kerta bomba dan polis. Polis menurama Borhan kerana dia adalah saksi kejadian itu. 

Encik Kamal, juga diuramakan, telah melihat beberapa orang remaja di empat kejadian pada jam 10.45 malam. Dia baru sahaja pulang dari kerja. Remaja - remaja itu berlari daripadanya.  Dia tida boleh menagkap mereka kerana mreka sungguh cepat.

Mak Cik Kia, yang baru sahaja bangun kedengaran siren, mengatakan bahawa ada beberapa pegawai polis membawa botol coklat.


Kebakaran berlaku di tempat meletak kereta Blok 123
oleh Aliff Qayyum

Sebuah kebakaran telah berlaku di kawasan tempat meletak kereta hadapan Blok 321 pada pukul 11 pm.  Saksi yang bernama Kamal nampak sekumpulan remaja yang dia berasa memulakan kebakaran itu.  Dia adalah saksi utama dalam kes ini. Dia sedang pulang ke rumah selepas  kerjanya pada pukul 10:45 pm apabila dia ternamak sekira-kiranya 5 atau 6 remaja yang sedang berjalan keluar daripada tempat meletak kereta. Apabila dia cuba mengejar mereka remaja itu berlari dan Kamal tidak dapat nampak mana mereka pergi kerana gelap. Selepas itu saksi Borhan Bin Cik Mat telah ditemuramah. Dia berkata bahawa dia sedang di dapur dan hendak ke bilik air apabila dia terdengar  letupan yang sangat kuat. Apabila dia menjenguk ke bawah dia ternampak letupan yang sang besar dan kuat. Asapnya berwarna hitam dan sangat tebal. Cik Kiah lagi satu saksi berkata bhawa dia sedang tidur dan bunyi siren ambulans tlah mengejunya. Dia terus ke bawah untuk melihat apa yang telah berlaku. Dia berkata bahawa dia ternampak seorang pegawai polis telah membawa keluar dua botol coklat. Isinya tidak diketahui.




_________________________________________________________________________________


Tugasan 1:

Sila pautkan paparan Glogster kamu di sini.

Panduan klip video demonstrasi:

 


Berikut ialah Glogster Haady






































Berikut ialah Glogster Taufiq




Berikut ialah Glogster Khairul





Berikut ialah Glogster Qayyum






Berikut ialah Glogster Nehal





Berikut ialah Glogster Roid






Berikut ialah Glogster Danial



Berikut ialah Glogster Ai'man



Tiada ulasan:

Catat Ulasan